cemburu tanda sayang

Dalam sesebuah perhubungan,
tidak salah jika ada perasaan
marah atau cemburu kerana ia
sudah adat cuma jangan
berlebihan.
Emosi marah tidak harus
menguasai diri kerana ia hanya
akan mendatangkan keretakan
dalam hubungan.
Mengikut kajian pakar, hampir
80 peratus keretakan dalam
perhubungan berpunca apabila
perasaan marah dijadikan
perasaan utama. Ini berlaku
apabila setiap kali wujud krisis
dalam hubungan, setiap
pasangan akan mula berfikir
untuk memutuskan hubungan
dan mencari pengganti yang
mungkin lebih memahami
perasaan diri yang sebenarnya.
Kadangkala masalah kecil
diperbesarkan sedangkan
masalah itu boleh diselesaikan
dengan berbincang antara satu
sama lain. Tetapi apabila
perasaan marah sudah
menguasai diri dan hubungan
berakhir, lazimnya ia berlaku
dengan alasan tiada jodoh dan
sefahaman.
Memang benar jodoh itu di
tangan Tuhan tetapi kita berhak
berusaha agar jodoh kekal
bersama orang tersayang.
Tetapi jangan hanya sebelah
pihak saja berusaha. Usaha mesti
dilakukan kedua-dua pihak
untuk mendapatkan hasil lebih
memuaskan.
Satu lagi perasaan yang perlu
diatasi adalah cemburu. Tidak
salah untuk rasa cemburu tetapi
biarlah berpada-pada. Memang
benar cemburu tandanya
sayang tetapi jangan melampaui
batas.
Tidakkah rasa sia-sia hubungan
yang dijalin sekian lama terputus
begitu saja hanya disebabkan
cemburu pada pasangan?
Ramai yang memperkatakan
soal cemburu malah pelbagai
cara untuk mengekang perasaan
cemburu daripada terus
menyelubungi hidup.
Terdapat dua langkah yang
boleh diambil untuk
mengelakkan perasaan cemburu
mengawal hidup kita iaitu jujur
dan setia.
Memang ada perkara yang tidak
memungkinkan kita berterus
terang tapi bagi mengelakkan
pasangan memikirkan perkara
yang bukan-bukan, lebih baik
jujur dan berterus terang
dengan pasangan bagi
mengelakkan perselisihan faham
berterusan.
Jika jujur pada pasangan, sudah
pasti dia akan menaruh
kepercayaan dan mengekalkan
perhubungan itu hingga ke akhir
hayat.
Kesetiaan juga memainkan
peranan penting kerana jika kita
sayangkan pasangan, sudah
pasti kita juga akan setia
padanya.
Jika sayangkan seseorang, sudah
pasti kita tahu siapa yang ada di
hati. Jadi, apabila sentiasa
mengingati pasangan, amat
mudah untuk kita mengelakkan
diri daripada berlaku curang
pada pasangan.
Cinta terasa indah apabila ke
mana saja kita pergi, si dia sedia
menemani tetapi terasa pahit
apabila kita ternampak
pasangan berjalan berdua-duaan
bersama insan lain.
Apapun, jangan biarkan marah
dan cemburu terlalu menguasai
diri. Berikut sedikit panduan
untuk membantu kita menjauhi
rasa marah dan cemburu, sekali
gus mengekalkan keindahan
hubungan bersama si dia:
* Jangan sesekali memungkiri
janji.
* Sentiasa jujur kepada si dia
kerana wanita atau lelaki
memang benci apabila ditipu.
* Beritahu si dia mengenai
sesuatu perkara dengan tepat.
* Jika si dia dalam keadaan
bermasalah, sentiasa
menggembirakannya.
* Andai anda jujur, si dia akan
setia kepada anda.
* Jangan terlalu mengongkong
dirinya kerana dia juga inginkan
kebebasan.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s